5 keping daging steak-Strip Loin Beef
2 sudu besar rempah steak- kalau tak ada boleh tumbuk lada hitam sahaja
Sedikit garam.
Cara-caranya
Perapkan daging steak dengan rempah dan garam.
Masukkan dalam beg plastik dan perap dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
Hari ni saya gunakan Pan Vantage, 5 keping tu ambil masa dalam 15 minit je...dah siap semua masukkan balik dalam pan, tutup api dan tutup pan supaya daging kita panas tapi moist masa nak menghidang nanti.
Kentang Putar
5 biji kentang- dicuci dan dikupas kulitnya
2 sudu mentega
Sedikit susu segar
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
Cara-caranya
Rebus ubi kentang hingga betul-betul lembut bersama sedikit garam.
Bila dah masak lembut, toskan airnya.
Masa panas-panas tu, masukkan mentega, lada sulah dan susu.
Lenyek menggunakan masher untuk buat cucur pisang tu..hehehe
Sambil2 lenyek masukkan susu segar sedikit demi sedikit hingga kita dapat consistency yang kita suka. Kalau nak dapat macam kat KFC tu, kena lebihlan sikit susunya. Tapi Cik wan tak suka cair sangat :-)
Siap.
Coleslaw
Kubis segar
Carrot
Bawang besar
4-5 sudu mayonis
2 biji Cili padi-hehehe mat salleh tak letak ni, kita buat ikut tekak kita sikit
Asam limau nipis
Garam
Cara-caranya; (boleh buat awal)
Satukan mayonis dengan cilipadi, garam dan perah asam limau nipis. Kacau sebati.Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk. Dekat-dekat nak makan nanti gaulkan dengan sayur-sayur tadi, baru coleslaw kita fresh.
Sagat semua sayur termasuk bawang.(masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti ais kalau tak dimakan terus)
Kalau untuk dimakan terus, bolehlah digaul masa tu jugak.
French Fries- goreng je yang dibeli kat kedai tu hehehe
Sos black pepper
1 botol kecik (rasanya dalam 250g) sos black pepper- saya guna jenama Life (anda boleh juga guna yang serbuk)
1 1/2 botol air- guna botol yang sama (botol sos tadi)
2-3 susu tepung jagung.-bancuh dengan sedikit air
cara-caranya
Masukkan semua sos dan 1 1/2 botol air ke dalam periuk.
Kacau hingga jadi panas.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga menggelegak.
Tengok kepekatannya- yang cik wan buat hari ni agak cair, buat lebih pekat untuk nampak lebih cantik dan melekat pada dagingnya.
Siap.