Thursday, July 3, 2014

Dendeng Daging

Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar

bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa

Bahan D
air rebusan daging

cara2nya

Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap

Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan

skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam...

○•°*Semprit Dahlia*°•○

Bahan2:

120g butter (buttercup atau anchor)
50g gula ising
160g tepung jagung
50g tepung castard
1 sudu teh esen vanilla
Bbrapa titis pewarna pink



Cara2:

1. Pukul butter dn gula hingga kembang.
2. Masukkn esen vanilla. Pukul sebati.
3. Ayak tepung jagung dn tepung bersama.
4. Masukkn tepung ke dlm adunan dn gaul sebati... guna tangan yee..
5. Bahagikn doh kepada 2 bhgn. Bhgn pertama biarkn dgn warna asal. Bhgn kedua dititiskn dgn sedikit pewarna pink dn gaul rata.
6. Kedua2 warna diletakkn secara bersebelahan ke dlm acuan tekan samprit.
7. Tekan di ats loyang yg tlh digris.
8. Bakar suhu 160°c selama 20 mnt.

*jangan biarkn doh terdedah pd udara kerana ia akn keras. Klau dh keras mmg susah nak tekan... Klau terkeras juga, tuang sesudu susu segar (susu kotak)... uli sebati dn cuba tekan dlm acuan... klau keras gak lg, blh lah tambah sesudu lg... sampai doh kita blh ditekan dlm acuan tu...
Samprit ni rasanya lemak berkrim, rangup tp cair dlm mulut...