Sunday, November 3, 2013

❧ Coklat Moist Kukus ❧

Bahan A.

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak jagung
  • 2 sudu besar butter


Bahan B

  • 1 cawan susu pekat
  • 3 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-cara.

  1. Bahan A dicampur semuanya dan dimasak secara double boil sehingga semuanya sebati. Kemudian sejukkan.
  2. Bahan B dicampur semuanya dan adun , guna hand whisk saja.
  3. Kemudian bahan A dan B dicampurkan, gaul sebati.
  4. Adunan masukkan ke dalam bekas dan kukus selama 30 minit atau hingga masak. Jika guna loyang kukus selama 1 jam.


* Kalau guna loyang, hendaklah disapu dengan majerin ye.

Topping.

  • 1 cawan coklat masakan yg telah dipotong kecil-kecil.
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sudu besar butter

* campurkan semua bahan dan masak secara double boil sehingga larut biarkan sejuk sedikit dan curah ke atas kek yg telah sejuk.

No comments :

Post a Comment