Tuesday, October 29, 2013

✼ #GiFt ✼

The best gift you can give your children is to love your spouse..
And the best gift you can give your spouse is to love Allah.

ッ "Kalau kita x mempunyai masa utk Allah, Allah x ada masa utk kita” ッ


"Tepuk dada tanya IMAN"



ッ Productive Muslim Doodle ッ


ღ MyWishList ^_^ ღ

1. ♛ Zaujan Solehan! 


10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

✔ Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.

✔ Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Tutur Kata juga mesti sopan, melambangkan pribadi dan hatinya yang mulia.

✔ Tegas mempertahankan martabatnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitasnya.

✔ Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

✔ Tidak boros, tetapi tidak pelit. Tau membelanjakan uang dengan bijaksana.

✔ Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

✔ Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

✔ Mempunyai rekan pergaulan yang baik. Rekan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

✔ Bertanggung jawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

✔ Wajah yang tenang


 

2. ✆ Samsung Galaxy Note III 

hurmm... yang ni sgt2 mencabar, stok xde lah, lepas 14 hari payment bru dpt lah..huhu..xde mood dh nk beli hp..lntak lah..tp dh plan mcm2 dh ngan note 3 ni..insyaAllah de rezeki dpt lah kot~~ T_T #PenantianSuatuPenyiksaan

3. ✼ The Secret Garden Flower 


Bunga ni special sgt, sbb ni Bunga Magik yg Tahan 10 tahun! xtau ape teknologi y digunakan, tp mmg best..sbb die bunga hidup y bertahan lama, insyaAllah. Harga mmg agak mahal, ade mcm2 saiz n bentuk pasu. Yang dlm gmbr ni bleh engrave nama sndiri. Bertambah2 la mahal.
Klau nk tempah klik sini
Me? Tunggu cukup budget dlu kot..insyaAllah..letak kt opis lawa nih~~ ^_^

4. ッ Pandora Bracelet 


Yang ni rasenye org panggil Pandora Bracelet, famous gak (mahal la jugak kann). Bleh customize mcm2.. xmcm gelang emas, bosannnn!! :P

5. ッ Stylo Mama Shoulder Bag SE 

Stylo Mama Shoulder Bag SE

Yang ni sah2 la utk breastpump. Motif?? Sebab kaler die pink laa... SE plak tu..ngee..nk pump kne la condition y tenang dan ceria.. :P



Wednesday, October 23, 2013

Tutorial Tukar Font Blog - Google Font

Langkah 1
  • Pergi ke Google Web Fonts
  • Pilih font yang korang nak guna. Lepas itu, tekan Quick Use

  • Scroll ke bawah sikit. Copy code yang dia bagi. Pastikan standard

Langkah 2 

  • Dashboard > Template > Edit HTML > Proceed > Tick Expand Widget 
  • Search code <head> 
  • Copy Code Pertama *lihat gambar* dan paste kan di bawah code <head> 
Contoh:
<head>
<link href='http://fonts.googleapis.com/css?family=Elsie+Swash+Caps' rel='stylesheet' type='text/css'></link>
*yang warna biru tu pastikan korang letak kalau korang guna template denim dll*

Langkah 3 

Guna Google Web Font Untuk Entri
  • Dashboard > Template > Edit HTML > Proceed > Tick Expand Widget 
  • Search code main-wrapper { 
  • Copy Code Kedua *lihat gambar* dan paste dekat bawah code main-wrapper { 
  • Preview & Save 

Guna Google Web Font Untuk Sidebar
  • Dashboard > Template > Edit HTML > Proceed > Tick Expand Widget 
  • Search code sidebar-wrapper { 
  • Copy Code Kedua *lihat gambar* dan paste dekat bawah code sidebar-wrapper { 
  • Preview & Save 

Guna Google Web Font Untuk Post Title 
  • Dashboard > Template > Edit HTML > Proceed > Tick Expand Widget 
  • Search code post h3{ 
  • Copy Code Kedua *lihat gambar* dan paste dekat bawah code post h3{ 
  • Preview & Save 

Guna Google Web Font Untuk Sidebar Title
  • Dashboard > Template > Edit HTML > Proceed > Tick Expand Widget 
  • Search code sidebar h2 { 
  • Copy Code Kedua *lihat gambar* dan paste dekat bawah code sidebar h2 { 
  • Preview & Save

Monday, October 21, 2013

Ayam Masak Kicap Pedas

Bahan bahan:
  • Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
  • 1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat
  • 1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
  • 1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
  • Daun sadri/daun bawang - hiris
  • Susu pekat manis
  • Lada hitam - tumbuk kasar
  • Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

Bahan sos:

  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Sos tomato
  • Sos tiram
Bahan bahan kisar:
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.
  2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.
  3. Setelah mendidih, masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 
  4. Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.

Sunday, October 20, 2013

✎ Muffin Coklat Cip

Bahan-Bahan

½ cawan mentega
½ cawan minyak jagung
1 ¼ cawan gula perang
3 biji telur
2 ½ cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan serbuk koko
200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
Sedikit coklat chip untuk hiasan.

Cara-cara:

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
  2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
  5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
  6. Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
  7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 30 minit..(bergantung pada besar cup cakes, kalau mcm aku ni cukup 30minit, kalau kecil cup so cepatlah masak)

Tips:

  • Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
  • Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
  • Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
  • Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
  • Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
  • Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

✎ Ikan Bilis & Kentang Berlada

Bahan2:

❂ Ikan bilis
❂ Kentang dipotong (mcm wedges @ ikut suka)
❂ Cili dikisar / cili boh
❂ gula & garam
❂ bawang merah, bawang putih (ditumbuk @ dikisar @ dipotong)
❂ bawang besar dipotong gelang
❂ minyak utk menggoreng

Cara Penyediaan:
  1. Goreng kentang sampai masak, angkat.
  2. Goreng ikan bilis sampai garing, angkat. ~jgn terlalu garing..nanti rs pahit..hehe
  3. minyak td, masukkn bwg yg ditumbuk…
  4. bila dah naik bau…masukkn cili…goreng sampai masak…
  5. masukkan bwg besar, kentang dan ikan bilis…serta gula dan garam secukup rasa (garam xbuh pon xpe..bilis dh masin~ikut selera masing2)
  6. gaul rata….then, tutop api.. sedia dihidang ;p

✎ Ikan Siakap 3 Rasa

Bahan-bahan:
Ikan:
1 ekor Ikan Siakap
Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knoor
Minyak untuk menggoreng ikan

Kuah:
1 biji bawang besar - potong dadu
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili padi - potong kecik-kecik
1 inci halia - dihiris kecik
1 biji tomato - potong dadu
Segenggam nenas - dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
❂ Ikan dibersihkan dan ditoskan
❂ Lumurkan ikan dengan Serbuk pasti sedap knoor.Pastikan semua bahagian di lumur rata
❂ Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam
❂ Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali
❂ Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi
❂ Goreng terendam ikan tersebut
❂ Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
❂ Panaskan minyak dalam kuali yang lain
❂ Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih
❂ Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan
❂ Kacau sebentar
❂ Masukkan bawang besar, tomato dan nenas
❂ Masukkan air sedikit
❂ Tambahkan garam, gula dan ajinomoto
❂ Biarkan kuah mereneh seketika


Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi =)

#BabyFood - ❦ Bubur Ikan & Kentang ❦

❦ Bahan2:

ღ Segenggam beras
ღ 3 cawan air
ღ 1/2 ketul ikan merah/ tuna/ tenggiri
ღ Sedikit kentang

#BabyFood - Penyediaan Bubur Nasi


Cara 1
  • Masak nasi seperti biasa.
  • Ambil nasi mengikut kadar yang bayi makan.
  • Kisarkan nasi dan beberapa sudu susu menggunakan alat pengisar.
  • Cairkan dengan menambahkan susu lagi jika perlu.
  • Tambahkan kepekatan dengan mengurangkan jumlah susu apabila anak sudah semakin selesa makan bubur yang lebih pekat.

Cara 2
  • Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (atau lebih).
  • Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan.
  • Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.
  • Jika anda ingin memasaknya, ambil mengikut kuantiti bayi makan.
  • Bancuhkan dengan air dan kacau sehingga rata.
  • Jerangkan di atas api kecil sehingga bubur mendidih beberapa minit.
  • Campurkan susu jika ingin bubur nasi bersusu.

Cara 3
  • Masak nasi seperti biasa.
  • Apabila nasi hampir kering, cedukkan sedikit nasi (amaun bubur yang bayi makan) dan masukkan ke dalam mangkuk yang tahan panas.
  • Masukkan air mendidih ke dalam nasi dalam mangkuk tadi.
  • Letakkan mangkuk tadi di atas nasi sebelum anda menutup periuk nasi dengan penutupnya.
  • Biarkan sehingga nasi masak dan bubur nasi bayi lembut.
  • Ini untuk bayi yang besar sedikit.

Cara 4

  • Beras dicampur dengan air dengan nisbah 1 beras : 4 air.
  • Masak dengan api kecil sehingga beras kembang dan pecah.
  • Cara 5
  • Masak menggunakan slow cooker.

Saturday, October 19, 2013

Carta Pemakanan Bayi

Masa terbaik untuk memberi anak makanan pejal bergantung kepada kesediaan anak itu sendiri. Bayi perlu mengambil makanan pejal apabila kalori yang mereka dapat daripada susu sudah tidak mencukupi. Anda sepatutnya memperkenalkan makanan pejal kepada anak secara berperingkat. Ketahuilah bahawa makanan bayi yang disediakan sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk anak kerana segar dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet.



6 bulan

Tekstur makanan : Puri yang halus.
Minuman: Susu ibu.
Makanan yang dicadangkan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam dan lobak merah.
Perlu dielakkan: Garam, gula, produk tenusu, telur dan kekacang.

8 bulan

Tekstur makanan: Puri yang sedikit kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perlu dielakkan: Garam, gula, susu lembu segar, organ dalaman haiwan, kekacang dan putih telur.

10 bulan

Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan ayam.
Perlu dielakkan: Garam, gula, putih telur, kerang-kerangan, kekacang dan cili.

12 bulan

Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar
Minuman: Susu ibu atau susu formula, air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5)
Makanan yang dicadangkan: Sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berprotein dan bijirin.
Perlu dielakkan: Garam dan gula yang terlalu banyak, cili dan kerang-kerangan.

Sumber : Pa&Ma

NiaT

Niat mempunyai kedudukan yang khusus dalam Islam. Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar memulakan sesuatu amal kebajikan dengan niat. Misalnya, dalam solat kita akan mulakan dengan niat. Dengan niat, barulah sesuatu amal dikira sebagai ibadah yang paling layak diterima oleh Allah s.w.t serta diberi ganjaran.

Tatacara niat dalam Islam dimulakan dengan ‘Nawaitu’ memberikan impak yang besar dalam kehidupan seorang muslim. Ia menggambarkan amalan yang dilakukan berlandaskan kepada perasaan sukarela, meletakan dirinya dalam keadaan pasrah dan bersedia melakukan sesuatu dengan keazaman yang tinggi.


Mulakan-dengan-niat
Semangat ini akhirnya akan memberi kekuatun dalaman kepada individu untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan yang mendatang kerana apa yang dilakukan merupakan pilihan terbaik yang telah dibuat. Amalan ini juga dapat mengatur kehidupan yang lebih beerti bagi seorang individu di samping dapat menyuntik semangat dan motivasi yang tinggi bagi mencapai matlamat.

Niat Menguat Daya Fokus

Niat dapat membantu otak membina daya tumpuan. Otak dapat berfungsi secara maksimum apabila individu fokus terhadap apa yang ingin dilakukan. Matlamat merupakan satu inti pati utama dalam niat. Tindakan individu dianggap sebagai amal ibadah apabila matlamat pelaksanaannya ialah ‘kerana Allah’ (lillah). Matlamat yang jelas ini seterusnya memberi kekuatan emosi dan spiritual kepada individu untuk beramal secara bersungguh-sungguh dan istiqamah dengan mengejar matlamat yang satu.

Sekiranya dilihat dalam buku “7 tabiat orang yang amat berkesan” penulisan Stephen R.Covey, tabiat kedua yang diberikan penekanan adalah mulakan dengan mengingat matlamat. Ia adalah memulakan hari ini dengan imej, gambar atau paradigma akhir hayat sebagai rangka rujukan.

Mengingat matlamat bermaksud bermula dengan matlamat yang jelas tentang destinasi yang ingin dituju. Individu yang hidup tanpa matlamat yang jelas ibarat berjalan tanpa arah tujuan. Apabila berada dipersimpangan, buntu membuat pilihan.
Pertimbangkan kata-kata Joseph Addison :
Bila saya perhatikan kubur orang yang terkenal, setiap emosi iri hati lesap daripada hati saya ; bila saya baca kata-kata kenangan orang rupawan, setiap keinginan saya yang tidak berpatutan terus hilang; bila saya menemui kesedihan ibu bapa yang tertulis di batu nisan, hati saya  cair dengan belas kasihan; bila saya lihat kubur ibu bapa sendiri, saya teringat kesia-siaan bersedih untuk mereka yang mesti kita ikut tidak lama lagi; bila saya lihat raja berbaring di sisi mereka yang menggulingkannya, saya ingat pada orang bijak yang kini bersebelahan dengan saingannya, atau orang alim yang memecahbelahkan dunia dengan pertentangan dan pertengakaran mereka, saya bayangkan dengan sedih dan hairan perkelahian, pertelingkahan dan perdebatan manusia. Bila saya baca tarikh di kubur, mereka yang mati semalam, dan mereka yang mati enam ratus tahun sebelum ini, saya ingat pada Hari teragung bila kita semua akan menjadi orang sezaman dan memperlihatkan diri kita serentak.

Kata-kata ini mempunyai maksud yang mendalam bagi individu yang menghayati. Ia menyentuh nilai mendalam, asas individu. Justeru, jadikanlah niat sebagai senjata ampuh untuk membina daya tahan diri dalam menempuh dugaan. Amalan ini perlu diterjemahkan dalam setiap aktiviti yang dilakukan bagi mendapat redha dan pertolongan serta petunjuk Ilahi. Berikut diberikan tip meningkatkan daya tahan.

Tips Meningkatkan Daya Tahan

Niat / set target ke arah misi yang ingin dilakukan
Kosongkan minda, perasaan dan fokus kepada target yang ditentukan
Puasa minda, perasaan rohani dan jasmani melainkan kepada perlakuan (amal) yang perlu (pandu dalam track)
Bekerja sebagai satu pasukan (amal jamaiy)
Buat bersungguh-sungguh dan selebihnya serah kepada Alah s.w.t

Panduan Pemakanan Bayi 6+

Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)
Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka bersedia untuk makan makanan solid. Ada sesetangah ibubapa berpendapat lebih elok jika bayi diberi makanan solid seawal usia 4 bulan lagi, dengan harapan berat badan bayi mereka bertambah (tak kena marah dengan nurse), tidur malam dengan nyenyak tanpa menggangu tidur ibubapa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:

Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan sempurna - dalam tahun juga ade beberapa kes dilaporkan usus bayi pecah kerana diberi makanan solid seawal usia 4 bulan.



Pengenalan makanan solid pada usia 6 bulan
Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga mereka berusia 12 bulan. Namun setelah bayi anda mencapai umur 6 bulan, seharusnya mereka didedahkan dengan makanan solid, ini adalah kerana.. bilanya bayi anda mencapai umur 6 bulan, mereka memerlukan pendedah kepada tekstur pepejal dah bukannya hanya berharap pada susu ibu atau pun susu formula sahaja. 

Kadar tumbesaran bayi berlaku dengan sekelip mata sahaja,Namun begitu dalam proses tumbesaran terdapat pasang surut terhadap selera anak anda, yang dipengaruhi oleh keadaan seperti :

- tumbuh gigi
- keaktifan seseorang bayi
- proses meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya

Apa itu “ Baby -Weaning”?
Weaning itu sendiri membawa maksud perubahan daripada minuman susu ibu atau susu formula sahaja kepada pemakanan makanan solid.. yang bertekstur halus.

APA YANG PERLU DIBERI PADA BAYI SEBAGAI MAKANAN PEJAL PERTAMA BAYI ANDA

UMUR 4 ~ 6 BULAN : 
- Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiasakan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.

- Mulakan dengan 1 hidangan sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan (1sudu makan) pada breakfast ( 10am or 11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.

- Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum ready untuk makan solid food. Jangan sesekali campurkan nestum/cereal ke dalam botol susu baby, BAHAYA!.

- Jika baby anda menerima makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (anggaran dalam 2 weeks) jadikan 3 hidangan setiap hari dengan meningkatkan kuantiti makanan.

- Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba ambik makanan tadi dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.

- Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah Brown Rice , Avocado & Banana, Apple , Pear , sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin 

UMUR 7 ~ 8 BULAN : 

Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley , Avocado , Apple , Banana, Appricot, Manggo ,Peaches, Pear , Plum , Prune, Pumpkin, Sweet potato , Dates, Green bean,Carrot , Peas ,Zuchini, Kacang Peas , Ayam, tauhu @ tofu lembut
UMUR 8 ~ 10 BULAN : 

Brown Rice, Oat, Barley , Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax Avocado , Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo , Blueberries, Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef , egg yolk & fish , plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery , halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)

UMUR 10 ~ 12 BULAN : 

Semua jenis grain , Keledek Oren/Ungu, Avocado , Appricot, Blueberries, Cherry,Cranberries, Apple , Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam , tomato, , whole egg & any fish

SUKATAN MAKANAN SEHARI YANG DICADANGKAN UNTUK BAYI DALAM SEHARI
Kumpulan makanan
6 bulan
7-9 bulan
10-12 bulan
Bijirin dan hasil bijirin
5 sudu makan bubur cair
2 cawan bubur pekat
1 ¾ cawan nasi lembik
Ikan/ayam/daging/kekacang
1 sudu makan
2 sudu makan
4 sudu makan
Sayuran hijau
1 sudu makan
3 sudu makan
3 sudu makan
Buah-buahan
2 sudu makan
2 sudu makan
2 sudu makan
Susu ibu
Mengikut kehendak bayi
Mengikut kehendak bayi
Mengikut kehendak bayi
Minyak masak
1 sudu teh
2 sudu teh
2 sudu teh
Telur
½ biji kuning telur
½ biji kuning telur
1 biji



CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:

1. Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...

Sayur yg baby leh makan:
Bayam Hijau@Merah
Brocoli
Kentang
Carrot
Pumpkin
Avocado
Cauliflower
Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
Cranberry
Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :

Pear
Apple Merah
Pisang
Strawberry
Blueberry
Ikan yang boleh di makan (saya bg anak saya ikan mase umur 8 bulan)

ikan salmon (mmg banyak khasiat)
ikan yu
ikan kurau
ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips) 

2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2... Saya guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

3.Accoding to my paed, nasi banyak kabohidrat, so kekdg tu tukar2 dgn oat or beras perang. Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji.. baby pun senang nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti masukkan kurma or kismis.. bg rasa.. ikut Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.

4.Mcm saya, sy masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit...

5. Bg mommies yg nak buat asing utk simpanan bolehbBekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.

CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:

1. Sangai dulu beras tu (goreng tanpa minyak atas pan). Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)

2.Then, pas perut dia dah boleh terima solid food, campur dengan vege ( yang saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima ke)

3.Pada mommies yang nk antar kat BS.. and mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dlam slow cooker sekali dgn beras.. masak.. and then blend..

4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan.. mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya... sbb senang..

5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke

6. Nak simpan dalam freezer simpan dpm tupper kecik, and tagging... (tarikh dgn bahan2)


CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING

1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...

2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...

3. Bekukan sama mcm sayur/buah.

---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...
---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga...:)
---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...
---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur...
Tempoh penyimpan: freezer storage ---

vegetables / fruits puree=6bln 
fish = 10 weeks meat
chicken =10 weeks
6bln puree's with milk 4-6 weeks
kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby.. Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu boleh tau anak alergiC apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka...

PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN & CARA PEMAKANAN FOR BABY

CARA BETUL MEMBERI BAYI MAKAN

1) Anak berada dlm keadaan selesa
- Pangku bayi anda semasa memberinya makan.Tinggikan sedikit bhgn kepala supaya dia dpt mkn dgn lebih selesa.Untuk mjaga kebersihan pakaian bayi,gunakanlah bib.

2) Makanan yg sesuai
- Makanan pertama yg anda perkenalkan kpd bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa.Biasanya,pd peringkat permulaan,bayi akan lebih senang menerima bubur nasi krn tekstur dan rasa yg seakan susu

3) Tidak terlalu panas
- Makanan bayi tidak terlalu panas dan tidak pun terlalu sejuk.Cukupla sekadar suam-suam.Selain itu,jgn suapkan terlalu byk makanan pd satu-satu masa.Beri anak anda mkn sedikit demi sedikit.Cara ini akan memudahkan anak utk belajar menelan makanan dan dlm masa yg sama belajar mkn menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu

4) Bersabar
- Pertama kali mberi anak mkn memang memerlukan kesabaran yg tinggi.Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yg diberi.Mungkin sebab dia belum biasa utk makan.Jadi,ambillah masa

5) Jaga kebersihan
- Pastikan semua peralatan yg digunakan termasuklah makanannya bersih drpd sebarang kekotoran utk mengelakkan bayi anda sakit perut.Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak berasa serik utk makan.Ingat,memberi anak mkn adalah utk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit

6) Pastikan bayi betul-betul lapar ketika itu
- Ramai berpendapat,waktu terbaik utk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun drpd tidur pada waktu pagi.Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi.Ketika ini biasanya bayi akan rasa lapar.Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat,beri mereka minum sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dgn memberi makan

INFO

Masa terbaik utk memberikan anak makan buat kali pertama ialah pada waktu pagi ataupun tengahari.Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yg alahan terhadap sesetengah jenis makananJika hal ini berlaku pada waktu siang,mudahlah bagi anda utk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.

Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun

Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.

Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca…


Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan

- Semua makanan pejal :
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.
Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan

- Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

- Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

- Putih Telur :
Bayi boleh makan kuning telur tetapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.

- Buah-buahan Citrus:
{mosimage}Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.

- Madu :
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!

- {mosimage}Kacang, Mentega Kacang :
Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.

- Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur:
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.

- Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.

- Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.

- Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.

- Gandum dan Produk Gandum :
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.

- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.


Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan

- Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.


- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

kredit : Klik Sini!

Tuesday, October 15, 2013

#BabyFood_6-8Month : Ikan & Sayuran

*Hidangan Utk 2 Org*

Bahan2:

✔ 60g (1/4 cawan) kepingan ikan - dikukus
✔ 12g (1 sudu makan) kacang pis - dibuang kulit dan dimasak
✔ 10g (1 sudu makan) lobak merah - dipotong kecil dan dimasak
✔ 15g (1 sudu makan) ubi keledek - dipotong kecil dan dimasak
✔ 60ml (4 sudu makan) susu ibu


Cara2:

❥ Masukkan semua bahan (kecuali susu ibu) ke dalam mesin pengisar dan lenyek sehingga menjadi puri.
❥ Masukkan susu ibu atau stok buatan sendiri dan kacau sebelum menghidang bersama bubur nasi.