Sunday, March 2, 2014

Bihun Sup (9 - 11 Bulan)

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2 orang)

  • 15 g bihun, direndam dalam air sejuk selama 10 minit
  • 15 g (1 sudu makan) ubi keledek, dikupas dan dipotong dadu
  • 10 g (1 sudu makan) lobak merah dipotong dadu
  • 15 g (1 sudu makan) bunga kobis, dipotong dadu
  • 60 g (¼ cawan) isi ikan (tenggiri/kurau/ikan merah)
  • 400 ml (1¾ cawan) air


Cara memasak

  • Didihkan air di dalam periuk.
  • Masukkan ubi keledek dan lobak merah dan masak sehingga lembut.
  • Masukkan bunga kobis dan diikuti dengan ikan. Masak sehingga lembut.
  • Masukkan bihun, teruskan memasak sehingga bihun menjadi lembut.
  • Lenyek sehingga lembik dengan menambah air yang secukupnya.

No comments :

Post a Comment