Monday, March 10, 2014

☹ myokymia ☹

Lately, kelopak mata kiri ni asyik berdenyut2 jer. Kalau org2 dulu cakap, klau kelopak mata kiri berdenyut, petanta nk nangis or dpt musibah. Walaupon almost setiap kali mata kiri aku berdenyut, aku akan menangis or mndapat musibah, sebagai umat Islam, xpatut kita percaya bende2 karut ni. Antaranya ada yang berpendapat seperti berikut: “kalau yang bergerak tuh kelopak mata kanan, ada sedara belah ayah yang meninggal , kalau belah kiri , ada sedara belah mak pulak yang meninggal” dan “kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh”. Ada juga yang kata “nak dapat berita baik”. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya “ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis”.

Walaubagaimanapun, sebagai muslim kita minta jauh daripada mempercayai kepercayaan-kepercayaan seperti itu. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita merupakan ketentuan dari Allah. Semoga yang terbaik juga yang kita akan perolehi. Kita hanya mampu berdoa semoga semua yang baik-baik sahaja yang kita akan dengar dan perolehi. Baik buruk sesuatu kejadian adalah ketentuan dariNya. Pasti ada hikmah di sebalik. Justeru, apa yang berlaku dalam hidup kita sesungguhnya tidak mempunyai kaitan dengan masalah mata bergerak-gerak. Kadang-kadang apa yang berlaku itu adalah secara kebetulan sahaja.

So aku pon buat online search, beberapa maklumat penting berdasarkan pemahaman saintifik. Maklumat yang menarik ialah nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi (maybe kes aku, caffien overdose, xpon stress). Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini.

Penawar kepada masalah ini ialah perbanyakkan berehat dan berzikir pada Allah. Perbanyakkan juga membaca Al Quran dan terjemahannya agar hati kita sentiasa tenang apabila membaca ayat-ayat Allah. Moga hati kita sentiasa diberi ketenangan olehNya. Kalau simptom-simptomnya masih berterusan anda dicadangkan agar buat pemeriksaan mata kalau masih mengalami masalah yang sama ( kelopak mata bergerak-gerak).

Kesimpulannya, masalah mata bergerak-gerak ini tidak ada kaitan dengan kepercayaan orang tua-tua. Mungkin kalau sesuatu kejadian yang berlaku semasa kita mengalami masalah ini, ia hanyalah kebetulan sahaja. Sebagai umat Islam, sama-samalah kita elak daripada mempercayai kepercayaan ini kerana ia menghampiri kepada perkara-perkara khurafat. Yakinlah setiap kejadian itu adalah qada’ dan qadar Allah SWT. Wallahu ’alam.

p/s: jangan terlalu percaya sangat.. mungkin hanya kebetulan yang tersangat2..ditambah plak dgn hasutan syaitan suh pecaya bnde2 karut neh..haish!!!!!

http://en.wikipedia.org/wiki/Myokymia

No comments :

Post a Comment